~~Assalamualaikum~~


Hari ni kita berbincang topik pasal postur…kawan-kawan tau tak maksud postur?? Mengikut kamus dewan edisi empat, postur bermaksud posisi atau sikap tubuh seseorang, ter¬utamanya semasa duduk, berdiri dsb: ~ yg baik menonjolkan imej yg positif.
(kenapa rasa macam dah jadi cikgu bahasa pulak ni..hehe)

Ok lah..sebenarnya ramai orang mengalami sakit belakang tidak kira apa kerja sekalipun. Sama ada beliau duduk sahaja, atau berdiri sahaja pasti mengalamiya… cara terbaik untuk menjaga tulang belakang adalah dengan menjaga postur anda Macamana menjaga postur yang betul?

Di bawah adalah contoh terbaik penjagaan belakang….. sama samalah kita amalkannya ye..





*silalah klik pada gambar yer untuk gambaran yang lebih jelas.

date Tuesday, June 29, 2010

~~Assalamualaikum~~


Kuang..kuang..kuang..sorry ye kengkawan sekalian…Inilah yang berlaku bila bahasa tak menunjukkan bangsa…sebenarnya tajuk diatas langsung tiada kene mengena yer…saya bukan nak ajar pasal cinta atau nak kongsi cerita macam mana saya jatuh cinta dulu-dulu..yang tu kene rujuk doktor cinta.. ;-D…

Tajuk tu sajer jer nak kasi gempak sikit kalo tak korang takut pulak nak bukak hahahah…So hari ni tak banyak yang saya nak ceritakan Cuma nak kongsi satu kes ngan kengkawan sekalian….Tusukan panah asamara aka Tusukan besi



Kes ini memerlukan anggota bomba untuk memotong besi dan menghantar pesakit ke hospital, luka tidak dalam, kulit hanya perlu di buka sedikit sahaja untuk mengeluarkannya.

date Sunday, June 27, 2010

PEnYAkiT LukA di KAki PEsaKiT KenCinG MAniS...

Assalamualaikum para pembaca semua. Disini saya ingin memberitahu kepada anda bahawa setiap hari, disetiap hospital besar di Malaysia, pesakit kencing manis akan menjalani amputasi kaki pesakit kencing manis. Tak kiralah kaki atau jari kaki, mesti ada setiap hari. Ini adalah amat menggerunkan bagi sesetengah pesakit penyakit kencing manis. Ini juga merupakan sebab mengapa mereka datang ke hospital lambat. Mereka sanggup menunggu dan mencuci sendiri luka itu dahulu tetapi selepas luka sudah teruk, barulah mereka dating kehospital. Ini menyebabkan ada sesetengah pesakit yang sepatutnya luka hanya perlu di cuci sahaja bila datang awal terpaksa di potong kaki mereka disebabkan sudah melarat.

Ini bukanlah salah mereka, tetapi pengetahuan tentang penjagaan kaki pesakit kencing manis tidak di titik beratkan. Pada saya jika pengetahuan ini dapat disalurkan dan diamalkan, maka kaki akan dijaga dengan baik. Di bawah adalah contoh kaki pesakit yang sudah busuk untuk pengajaran kepada mereka yang mengidap kencing manis. Adalah diharapkan agar pesakit kencing manis dapat mengambil iktibar dari gambar di bawah.

AMARAN: KANAK-KANAK TIDAK DIGALAKKAN MELIHAT GAMBAR. PENGAWASAN IBUBAPA DIGALAKKAN……..




Gambar 1: empat jari kaki hitam menunjukkan gangrene (mati). Luka Nampak bersih sebab sudah dimamah ulat luka. Semua jari yang gangrene terpaksa di buang.




Gambar 2: Jangkitan kuman pada permukaan kulit di betis kanan.
Hanya memerlukan antibiotic. Jika jadi nanah dikemudian hari, nanah itu perlu dikeluarkan.






Gambar 3 dan 4: Tapak kaki yang menampakkan kulit yang Nampak masih elok tapi perubahan warna menandakan permukaan kulit sudah mati dan dibawahnya adalah lapisan yang busuk




Gambar 5: Kaki yang teruk, penuh dengan ulat yang sudah dibersihkan.
Jari kaki ibu dan nombor dua sahaja yang perlu dibuang




Gambar 6: contoh kaki yang tidak boleh diselamatkan sebab semua jari kaki mati/gangrene, kuman merebak di tumit dan kaki hingga ke buku lali. Kaki terpaksa dipotong hingga paras bawah lutut




Gambar 7: Gambar kaki yang tidak boleh diselamatkan. Pemotongan bawah lutut juga dilakukan




Gambar 8: Contoh kaki yang amat teruk. Kuman naik sehingga bawah lutut kesan menunggu lama dirumah. Keluarga pesakit menghantar pesakit kerana beliau tidak sedarkan diri dan bau yang amat busuk. Pemotongan di atas paras lutut tidak dapat dielakkan


date Saturday, June 26, 2010

~~Assalamualaikum~~


Di sini ada langkah-langkah untuk mengatasi kesan kencing manis pada kaki dan seterusnya dapat mengelak dari amputasi:

Langkah ini mudah di ingat kerana kita boleh bayangkan dalam fikiran dari mula bangun tidur hingga tidur semula. Langkah2 nya adalah:

- Apabila bangun sahaja dari tidur, hendaklah memeriksa kaki dan celah2 jari kaki untuk kesan luka, merah, melecet, ulat air dan bengkak.

- Gunakan cermin untuk tempat yang sukar dilihat atau suruhlah anak/isteri tengok2 kan.

- Pakai selipar di dalam rumah dan di tandas.

- Apabila mandi basuh lembut kaki anda dengan sabun dan air suam. Jangan gunakan berus untuk membersihkan kaki ditakuti terluka nanti.

- Apabila selesai mandi, hendaklah pastikan kaki anda kering di cuci terutamanya di celah jari kaki.

- Gunakan losyen pelembab untuk kaki anda kerana kebiasaannya kulit kaki pesakit adalah kering

- Pastikan keadaan lantai sentiasa bersih dan di jauhi daripada benda tajam

- Apabila hendak keluar rumah, hendaklah memakai kasut dan stokin.

- Stokin hendaklah di periksa dahulu luar dan dalam bagi memastikan ia tiada benda tajam

- Kasut mestilah selesa dan ada ruang di depannya. Ia juga patut di ketuk bagi memastikan segala pasir atau benda asing didalamnya keluar dari kasut sebelum di pakai

- Jalan di tanah atau permukaan yamng rata.

- Apabila memotong kuku hendaklah memotong secara melintang dan bukannya melengkung untuk mengelakkan ciagu (ingrowing toe nail)

- Apabila hendak tidur, kita boleh memeriksa kembali kaki kita dan bolehlah tidur dengan lena.

Jika terdapat sebarang luka atau bengkak, sila dapatkan nasihat doctor anda.
Langkah2 mudah di atas di harap dapat membantu mengurangkan luka kaki pesakit kencing manis. Selamat mencuba…..
Jangan lupa baca doa bangun tidur dan hendak tidur


Gambaran apa yang perlu diperiksa...



Gambar 1&2 : Jangkitan kulat di celah-celah jari kaki




Gambar 3&4 : Kulit kaki yang menjadi keras kerana takanan dan kaki tiada rasa.




Gambar 5 : Bengkak pada kaki




Gambar 6 : kesan merah @jangkitan pada kaki




Gambar 7& 8: jenis-jenis luka, luka geseran dan luka hirisan




Gambar menunjukkan ciagu dan cara memotong yang betul (gambar tengah)


date

~~Assalamualaikum~~


Orang kata malang itu tidak berbau…ajal dan maut semuanya di tangan ALLAH..Ini jelas terbukti apabila satu kemalangan...telah menyebabkan kematian seorang penolong pegawai perubatan dan kecederaan parah kepada seorang doktor serta pemandunya manakala jururawat terselamat. Ketika kejadian ambulan dalam perjalanan balik menghantar kes. Untuk makluman pesakit tiada ye kengkawan..kesimpulannya jangan ingat naik ambulan itu selamat… heheheh



date Friday, June 25, 2010

~~Assalamualaikum~~


Hari ni saya tak nak cerita panjang lebar (pernah ker aku cerita panjang lebar..confius..confius…)..jom kita belajar pasal amputasi …seperti biasa kita rujuk kamus ye kengkawan… kalau ikut kamus pelajar edisi kedua dan kamus dewan edisi empat amputasi bermaksud pemotongan sebahagian anggota badan, seperti kaki atau tangan, dalam sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk...
Faham tak kawan-kawan??? Ke dah pening hehe (mesti lepas ni vocabulary korang semakin canggih kan..kan..kan..)

Oklah sekarang waktu yang paling best…korang mesti nak tengok gambar kan…kan..kan ok lah sekarang kita tengok jenis-jenis amputasi yang selalu dilakukan…



Gambar 1: Amputasi di atas paras lutut






Gambar 2 & 3 : Amputasi dibawah lutut


Kedua-dua jenis amputasi mempunyai kaki palsu. Pesakit boleh berjalan dengan kaki palsu.



Gambar 3: Amputasi jari kaki


Amputasi jenis ini tidak ada jari palsu. Pesakit boleh berjalan biasa...Sehingga kita berjumpa lagi….wassalam ;-D

date Thursday, June 24, 2010



~~Assalamualaikum~~



Cantik kan!!! Memang semua orang suka pakai cincin tapi hari ni saya bukanlah nak jual cincin yer ataupun nak tunjuk kan gambar tersebut adalah cincin kahwin saya..ahakssss…itu sekadar gambar hiasan sahaja sebab kes cincin ni antara kes-kes yang pernah saya temui sepanjang berkhidmat sebagai seorang doktor…

Antara kejadian pasal cincin ditangan yang pernah saya temui ialah apabila seorang budak berusia 13 tahun menyimpan cincin di jari sejak berusia 10 tahun padahal jarinya semakin membesar…..
Aduhai dik…mesti sayang nak tanggalkan cincin tu tapi hilang jari lagi sayang kan huhu…

Lagi satu kes pula merupakan kes lelaki yang kurang siuman meletakkan nut skrew yang besar di jari untuk tempoh masa yang lama. Perhatikan isi jari boleh dilihat di bawah nut itu…..Susah nak buang tu…… Cutter besar terpaksa digunakan



So air yang tenang jangan disangka tiada buaya..aikkk macam tak berkaitan jer peribahasa ni hehe…apa yang saya cuba maksudkan ialah kadang-kadang benda yang cantik tak semestinya elok…tak salah pakai cincin tapi ikutlah kesesuaian jari masing-masing yer kawan-kawan..rasa-rasa tak selesa selepas memakainya tu, saya rasa anda pun tahu apa patut dilakukan..jangan nak cantik tapi menanggung sakit…dan kepada yang nak buat surprise belikan cincin tu pastikan tahu saiz yer…kesian nanti pemakainya serba salah pulak…itu pun boleh menyumbang terjadinya kes-kes yang sepatutnya boleh dielakkan..maklumlah nak jaga hati pasangan hahahahah…jangan pulak lepas ni takut nak pakai cincin yer…. ahakssss ;-D

date Wednesday, June 23, 2010

~~Assalamualaikum~~


Kurang dari 3 bulan lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilFitri. Rasa macam cepat jer masa berlalukan..Suasana hari raya pun sudah kian terasa..masing-masing dah start beli baju raya..hantar tempahan baju, beli langsir dan macam-macam lagilah.

Bila sebut raya, antara perkara yang tak dapat dipisahkan ialah mercun..saya rasa setiap tahun ada ajer kes ni walaupun kerajaan dah banyak kali mewar-warkan jgn bermain mercun terutama ciptaan sendiri…tapi biasa nya dah tergadah baru nak tersedar…selagi tak ada kesedaran selagi tulah benda ni tak kan berakhir..akhirnya siapa juga yang susah…mereka dan keluarga mereka…emmmm fikir-fikirkanlah ye….

Saya teringat satu peristiwa lebih kurang 3 tahun yang lepas….

SELAMAT HARI RAYA ADIK~!Kataku sambil tersenyum di awal pagi raya selepas pembedahan adik ini.

Pada petang menjelang hari raya aidilfitri tahun 2007, aku telah dipanggil untuk melihat tangan seorang budak yang telah membakar mercun ditangannya, tetapi tidak sempat baling lalu mercun itu meletup di tangannya.



Tangannya seperti gambar di atas.. Nampak macam hancur. Aku telah memberitahu ibu bapanyanya pihak hospital akan cuba selamatkan apa yang boleh untuk budak ini. Malam itu pembedahan dijalankan dan hasilnya………….

JENG…JENG…JENG….




So kesimpulannyer..jangan main MERCUN yer adik-adik sekalian alam…

P/S: Gambar-gambar adalah untuk pengajaran/pengalaman orang lain agar ianya tidak terjadi pada anak-anak kita

date Monday, June 21, 2010



~~Assalamualaikum~~


Alhamdulillah…akhirnya terhasil jua blog ‘MY LIFE. MY WORLD’ yang tidak seberapa ni ;-D
Sebenarnya blog ini dihasilkan hasil cetusan idea adik saya yang selalu bertanyakan masalah perubatan kepada saya.(rasanya kalo saya jadi consultant dia kayo pokcik hehe…)

Semua cerita yang saya nak share ni berkisar pengalaman saya sendiri setelah lebih kurang 6 tahun bergelumang dengan kerjaya ini..Walaupun tak seberapa tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi cerita dan pendapat bersama kawan-kawan sekalian. Harap kawan-kawan taklah bosan pula yer membacanya hehe

Selain itu, hasrat saya blog ini juga mampu menjadi salah satu saluran maklumat untuk sesiapa yang dahagakan pengetahuan tentang sesuatu perkara mengenai perubatan amnya dan orthopaedic khususnya. ;-) kepada sesiapa yang nak bertanyakan sebarang soalan pun amat-amatlah dialukan…Insyaallah saya akan cuba membantu mana yang terdaya.. so jgn malu2 yer…

Selamat membaca……..

date Saturday, June 19, 2010