~~Assalamualaikum~~


Setiap kali menonton rancangan Austin Steven di Animal Planet teringat aku akan kisah pesakitku yang dipatuk ular kapak. Seorang pada tangan dan seorang lagi pada kakinya.

Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa yang boleh membawa maut. Apabila ia mematuk, ia akan mengeluarkan racun jenis Hemotoxic. Apabila di patuk, bisa ular kapak akan masuk kedalam system badan pada tempat patukan. Ini menyebabkan ianya membengkak dengan cepat dan menyebabkan bertambahnya tekanan didalam ruang otot. Kesan ini akan menyebabkan salur darah tersepit dan tidak dapat mengalir ke hujung kaki/tangan dan seterusnya boleh menyebabkan kaki/tangan anda mati. Bisanya juga menyebabkan darah tidak dapat membeku. Kebiasaannya apabila darah diambil keluar dari badan, ia akan mengering kurang dari 5 minit. Tapi kesan racun itu menyebabkannya tidak membeku.



Cuba anda bayangkan kedua-dua pemuda itu berusia 24 dan 32 masing-masing. Kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Pihak hospital terpaksa membawa berita risiko samaada kehilangan kaki atau nyawa kepada si isteri dan keluarga pada orang yang usianya begitu muda. Apakah perasaan anda apabila anda bayangkan diri sebagai orang yang memberitahu ataupun si isteri/suami?

Kes ini di rawat dengan memberikan penawar (antivenom) bagi racun ular, dan membekalkan darah kepada mangsa untuk memggalakkan pembekuan darah. Apabila keadaan beliau menjadi lebih stabil, fasciotomy (membuka selaput otot) untuk mengurangkan tekanan akan dijalankan bagi mengurangkan tekanan dalam otot lantas darah boleh mengalir hingga ke hujung kaki. Luka akan dibiarkan dahulu untuk biarkan salur darah stabil dan kemudian, luka ditutup selepas beberapa hari.

Pada hari pesakit keluar wad, beliau dan isteri masing-masing mengucapkan terima kasih dan pergi dengan senyuman bersama anak-anak mereka.Alhamdulillah..!!

date Thursday, September 16, 2010

2 comments to “KeSan PaTukan UlAr kaPak...”

  1. mekchu
    January 5, 2011 at 8:50 PM

    haoiiii... bisa ular sgt bahaya kan.. mintak dijauhkan..

  1. Anonymous
    January 13, 2011 at 12:47 AM

    takutnyerrr....

Leave a Reply: