~~Assalamualaikum

jom buat kek ;-D..berikut adalah resepinye..buat jgn tak buat..

BlueBerY CheESe Cake~~~

125g digestive biscuits (tapi aku guna oreo)

75g soft butter (keluarkan butter dari peti ais dan biarkan dia jadi lembut)

300g cream cheese (bole beli kat kedai kek / TESCO ke Giant ke)

60g icing sugar

1 teaspoon vanilla extract

1/2 teaspoon lemon juice

250ml double cream (boleh beli kat kedai kek / TESCO ke Giant ke)

1 x 284g jar St Dalfour Rhapsodie de Fruit Black Cherry Spread (yang nie bole beli kat kedai kek...x semestinya jenama ni)

Serving Size : Serves 6–8

METHOD

1. Blitz the biscuits in a food processor until beginning to turn to crumbs, then add the butter and whiz again to make the mixture clump. (jangan kisar terlalu halus...sekadar 3-5 saat sahaja...)


2. Press this mixture into a 20cm springform tin; press a little up the sides to form a slight ridge.(Kalau x de springform tin...guna mangkuk kaserol saiz kecil). Lepas tu korang ratakan biscuit crumbs tu dgn spatula sambil tekan2 sampai mampat . Sejukkan dalam peti ais (x kisah dalam chiller atau freezer)

3. Beat together the cream cheese, icing sugar, vanilla extract and lemon juice in a bowl until smooth.

4. Lightly whip the double cream, and then fold it into the cream cheese mixture.

5. Spoon the cheesecake filling on top of the biscuit base and smooth with a spatula. Put it in the fridge for 3 hours or overnight (yang ni masuk dalam chiller)

6. When you are ready to serve the cheesecake, unmould it and spread the black cherry over the top.

**disarankan buat pada waktu malam sebab korang bole sejukkan overnight dan esok pagi just spread with blueberry jam...

** Terima Kasih Che Ram dan Rudy di atas resepi yang diberikan………
Sungguh2 ho liao…….dan hasilnye

Jeng..jeng..jeng..


Blueberry Cheese Cake




Resepi berikutnyer ni wife aku yang downloadkan untuk test buat masak sendiri……
Kepada adikku, kakak2ku, atau ibuku malah saudara maraku boleh lah mencuba…..
Selamat mencuba:

RESIPI NASI AYAM

Nasi Ayam



Bahan-Bahan:
Bahan asas:
Beras 3 pot susu

Bahan-bahan untuk dijadikan air rebusan ayam:
½ ekor ayam dipotong 2 bahagian
1 kiub stok ayam
5 ulas bawang putih
1 inci halia (ditumbuk bersama dengan bawang putih dan dijadikan 2 bahagian)
Air anggaran 1 periuk

Ayam Goreng Hitam:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan untuk dibuat sup:
Air rebusan ayam dari ½ periuk
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
3 ulas sedang bawang merah
1 labu bawang besar (dijadikan bawang goreng - dihiris nipis-nipis dan digaul bersama tepung gandum)
1 tangkai daun sup
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

Ulam-ulaman:
2 pohon daun salad/boleh gunakan daun salad bulat
1 biji tomato mekar
1 biji mentimun muda

Sos halia (dikisar halus)
½ inci halia muda
2 biji cili merah
secubit garam
sedikit sos cili

Cara:
1. Ayam direbus bersama stok ayam, halia, bawang putih. Tunggu hingga ayam empuk. Keluarkan ayam dan diperap bersama sos tiram dan kicap manis. Ketepikan (goreng ayam dalam minyak yang tidak terlalu panas).

2.Basuh beras dalam rice cooker dan gunakan 1/2 air rebusan ayam untuk memasak nasi.Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan garam 1/2 sudu teh. Tunggu sehingga nasi mendidih dan agak kering, baru masukkan 2 sudu minyak sapi dan 2 sudu minyak masak. Kacau dan tunggu hingga masak.




Resepi ini pun boleh cuba jugak……
Aku hanya tau makan saje......
Nyum2......

Spicy Spagheti Tropicana

Spicy Spagetti Tropicana




Bahan-Bahan:

Bahan untuk kuah:
4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar).
200g sotong dipotong 'ring' direbus dgn sedikit air sehingga lembut.
200g udang dipotong dadu.
200g isi ayam dicincang.
1 tin tomato sup Kimball.
1 tin sos tomato, basil and garlic Prego.
40g daun bawang dihiris halus.
40g daun sup dihiris halus.

Bahan A:
½ inci halia
2 biji cili merah
4 biji cili padi
6 biji cili kering

Bahan B:
100g cendawan butang
2 biji buah tomato
1 biji cili capsicum
4 biji bawang besar

Spagheti:
250g spagheti
2 camca besar minyak masak
1 camca besar garam

Hiasan:
40g daun ketumbar
Serbuk keju Chedar

Cara:
Rebus air sehingga mendidih di dalam periuk sebelum memasukkan spagheti. Tambahkan garam & minyak masak. Masakkan spagheti hingga masak & lembut iaitu lebih kurang 15 minit. Setelah masak, angkat dan toskan hingga kering.

Untuk membuat kuah, blend bahan A dengan sedikit air sehingga halus. Potong dadu bahan B. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam, sotong dan udang dan goreng hingga separuh masak. Tambahkan bahan A yang telah diblend dan goreng hingga masak. Masukkan sos tomato kimball dan prego dan masak selama 5 minit. Akhir sekali masukkan bahan B dan daun bawang dan daun sup. Kacau dan masak selama 5 minit.

Hidangkan panas bersama kuah dan hiaskan dengan daun ketumbar dan serbuk keju jika suka.

Cadangan Hidangan:
Untuk 8 orang.

Tambahan:
Tips: Untuk pastikan spaheti telah benar-benar masak, letakkannya di atas piring dan ia akan melekat dan lembut

* Kredit to Azhana Ahmad Basir




Resepi ini ditujukan kepada sesiapa yang tidak pernah ke dapur….
Kepada yang tak tau memasak dan ingin mencuba, boleh lah start cuba.
Tak cuba tak tau… dah cuba pasti nak buat lagi……
Kalau dah buat yang ini pasti nak buat yang lain…

Selamat mencuba……

Puding Roti..

Bahan-Bahan:
1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

Cara:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Nasi Ayam


* sumber: Buku Resepi Selera Perantau~~~













date

1 comments to “Receipe”

  1. Peri PiA
    September 19, 2010 at 9:27 PM

    salam cousin

    take a while for me to visit here

    very2 nice blog

    p/s-thanks for follow my blog

    i will do the same

Leave a Reply: