~~Assalamualaikum~~


Wahai pembaca semua... Bulan ramadhan telah menjelang. Kini tibalah masanya untuk kita mempergandakan ibadah kita untuk bekalan kita di kehidupan seterusnya. Di samping beribadah, ada juga insan yang mencari kesempatan untuk mencari rezeki lebih dibulan yang mulia ini dengan berniaga di bazaar ramadhan.

Setiap tahun, saya akan menerima kes-kes yang datangnya dari bazaar ramadhan. Dalam kesibukan berniaga, mendapat untung dan penat berniaga, kecederaan semasa bekerja adalah kadang kala tidak dapat dielakkan. Kecederaan yang teruk yang menyebabkan seseorang itu bersedih adalah kecederaan mesin tebu.

Kita selalu melihat tebu di perah semasa kita berjalan membeli belah di bazaar. Daripada penilaian, kita tengok orang yang menolak tebu untuk diperah isinya ke mesin nampak berpengalaman. Airnya amat mengiurkan di bulan puasa terutamanya bila dah dekat nak berbuka. Semestinya saya, orang yang selalu membeli air tebu untuk jamuan berbuka.

Cuba kita bayangkan mesin yang memerah tebu itu, dalam kelalaian orang yang memegang tebu, mesin menangkap tangan dan menggilis tangan. Biasanya tangan yang terperangkap kedalam mesin adalah amat teruk kerana kecederaannya adalah jenis mampatan dan cara untuk mengeluarkan tangan adalah dengan matikan mesin dan menarik tangan keluar. Kadang-kadang memerlukan bantuan bomba untuk mengeluarkan tangan dari mesin.



Kerana kesan mesin tebu itu adalah jenis mampatan, ianya hancur dan adalah amat sukar untuk memulihkannya. Jika dilihat pada gambar, kita tidak dapat mengenal yang mana kilit, isi lemak,daging dan tulang. Ianya hanya akan jadi busuk jika tiada apa-apa yang dilakukan. Amputasi keatas bahagian yang remuk terpaksa dilakukan.

Jadi, kepada peniaga mesin tebu atau yang seumpama dengannya, di harap BERHATI-HATI semasa mengendalikan mesin tebu. Semoga kita tidak berjumpa dihospital kelak.
Selamat menjalani ibadah puasa.

date Thursday, September 16, 2010

0 comments to “TeBu oh tEbu.....”

Leave a Reply: