~~Assalamualaium~~


Teringat aku di suatu ketika bertugas di jabatan kecemasan. Seperti hari-hari biasa, aku didatangi seorang yang baru sahaja di patuk ular di kakinya. Beliau tidak dapat memberitahuku apakah jenis ular itu.

Dari segi gambaran yang di berikan, ular itu berwarna hitam, mematuk semasa mangsa berada di atas motorsikal dan tidak mahu melepaskan taringnya selepas patukan. Beliau terpaksa menggongcangkan kakinya sehingga ular itu melepaskan kakinya dan ia beredar.

Dari segi ceritanya, aku merasakan bahawa ular tedung sahaja akan bertindak begitu. Aku pun mula memeriksa beliau. Aku dapatkan rasakan ianya adalah ular tedung dari segi pemeriksaan, kerana ada tanda-tanda sarafnya terganggu.

Ular tedung boleh melepaskan racunnya yang berbisa kepada saraf (neurotoxic) setelah patukan. Seseorang itu akan mendapat ptosis (kelopak mata sepet sebelah atau kedua-duanya), kesukaran bernafas kerana saraf pernafasan terganggu, lemah kaki dan tangan, dan juga percakapannya mula tidak teratur. Aku teringat ada dokumentari yang menyebutkan seekor ular tedung bisanya boleh membunuh 30 orang atau seekor gajah.

Aku pun terus memanggil rakanku yang bertugas di ICU dan bahagian perubatan untuk menstabilkan pesakit dan memasukkannya ke ICU seterusnya rawatan antivenom. Setelah beberapa hari, beliau dipindahkan ke wad biasa dan boleh balik kerumah.

Ada juga pesakit yang meninggal dunia kerana sampai lambat kehospital ataupun kerana patukan berkali2. Kes2 sebegini amat kerap di kawasan pendalaman atau negeri2 yang belah utara atau pantai timur. Kepada sesiapa yang selalu bermain atau terserempak dengan ular, di harap berhati2 ye………

date Thursday, September 16, 2010

0 comments to “PEnanGan UlaR teDung..”

Leave a Reply: