~~Assalamualaikum~~


Setiap kali menonton rancangan Austin Steven di Animal Planet teringat aku akan kisah pesakitku yang dipatuk ular kapak. Seorang pada tangan dan seorang lagi pada kakinya.

Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa yang boleh membawa maut. Apabila ia mematuk, ia akan mengeluarkan racun jenis Hemotoxic. Apabila di patuk, bisa ular kapak akan masuk kedalam system badan pada tempat patukan. Ini menyebabkan ianya membengkak dengan cepat dan menyebabkan bertambahnya tekanan didalam ruang otot. Kesan ini akan menyebabkan salur darah tersepit dan tidak dapat mengalir ke hujung kaki/tangan dan seterusnya boleh menyebabkan kaki/tangan anda mati. Bisanya juga menyebabkan darah tidak dapat membeku. Kebiasaannya apabila darah diambil keluar dari badan, ia akan mengering kurang dari 5 minit. Tapi kesan racun itu menyebabkannya tidak membeku.



Cuba anda bayangkan kedua-dua pemuda itu berusia 24 dan 32 masing-masing. Kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Pihak hospital terpaksa membawa berita risiko samaada kehilangan kaki atau nyawa kepada si isteri dan keluarga pada orang yang usianya begitu muda. Apakah perasaan anda apabila anda bayangkan diri sebagai orang yang memberitahu ataupun si isteri/suami?

Kes ini di rawat dengan memberikan penawar (antivenom) bagi racun ular, dan membekalkan darah kepada mangsa untuk memggalakkan pembekuan darah. Apabila keadaan beliau menjadi lebih stabil, fasciotomy (membuka selaput otot) untuk mengurangkan tekanan akan dijalankan bagi mengurangkan tekanan dalam otot lantas darah boleh mengalir hingga ke hujung kaki. Luka akan dibiarkan dahulu untuk biarkan salur darah stabil dan kemudian, luka ditutup selepas beberapa hari.

Pada hari pesakit keluar wad, beliau dan isteri masing-masing mengucapkan terima kasih dan pergi dengan senyuman bersama anak-anak mereka.Alhamdulillah..!!

date Thursday, September 16, 2010

~~Assalamualaium~~


Teringat aku di suatu ketika bertugas di jabatan kecemasan. Seperti hari-hari biasa, aku didatangi seorang yang baru sahaja di patuk ular di kakinya. Beliau tidak dapat memberitahuku apakah jenis ular itu.

Dari segi gambaran yang di berikan, ular itu berwarna hitam, mematuk semasa mangsa berada di atas motorsikal dan tidak mahu melepaskan taringnya selepas patukan. Beliau terpaksa menggongcangkan kakinya sehingga ular itu melepaskan kakinya dan ia beredar.

Dari segi ceritanya, aku merasakan bahawa ular tedung sahaja akan bertindak begitu. Aku pun mula memeriksa beliau. Aku dapatkan rasakan ianya adalah ular tedung dari segi pemeriksaan, kerana ada tanda-tanda sarafnya terganggu.

Ular tedung boleh melepaskan racunnya yang berbisa kepada saraf (neurotoxic) setelah patukan. Seseorang itu akan mendapat ptosis (kelopak mata sepet sebelah atau kedua-duanya), kesukaran bernafas kerana saraf pernafasan terganggu, lemah kaki dan tangan, dan juga percakapannya mula tidak teratur. Aku teringat ada dokumentari yang menyebutkan seekor ular tedung bisanya boleh membunuh 30 orang atau seekor gajah.

Aku pun terus memanggil rakanku yang bertugas di ICU dan bahagian perubatan untuk menstabilkan pesakit dan memasukkannya ke ICU seterusnya rawatan antivenom. Setelah beberapa hari, beliau dipindahkan ke wad biasa dan boleh balik kerumah.

Ada juga pesakit yang meninggal dunia kerana sampai lambat kehospital ataupun kerana patukan berkali2. Kes2 sebegini amat kerap di kawasan pendalaman atau negeri2 yang belah utara atau pantai timur. Kepada sesiapa yang selalu bermain atau terserempak dengan ular, di harap berhati2 ye………

date

~~Assalamualaikum~~


Wahai pembaca semua... Bulan ramadhan telah menjelang. Kini tibalah masanya untuk kita mempergandakan ibadah kita untuk bekalan kita di kehidupan seterusnya. Di samping beribadah, ada juga insan yang mencari kesempatan untuk mencari rezeki lebih dibulan yang mulia ini dengan berniaga di bazaar ramadhan.

Setiap tahun, saya akan menerima kes-kes yang datangnya dari bazaar ramadhan. Dalam kesibukan berniaga, mendapat untung dan penat berniaga, kecederaan semasa bekerja adalah kadang kala tidak dapat dielakkan. Kecederaan yang teruk yang menyebabkan seseorang itu bersedih adalah kecederaan mesin tebu.

Kita selalu melihat tebu di perah semasa kita berjalan membeli belah di bazaar. Daripada penilaian, kita tengok orang yang menolak tebu untuk diperah isinya ke mesin nampak berpengalaman. Airnya amat mengiurkan di bulan puasa terutamanya bila dah dekat nak berbuka. Semestinya saya, orang yang selalu membeli air tebu untuk jamuan berbuka.

Cuba kita bayangkan mesin yang memerah tebu itu, dalam kelalaian orang yang memegang tebu, mesin menangkap tangan dan menggilis tangan. Biasanya tangan yang terperangkap kedalam mesin adalah amat teruk kerana kecederaannya adalah jenis mampatan dan cara untuk mengeluarkan tangan adalah dengan matikan mesin dan menarik tangan keluar. Kadang-kadang memerlukan bantuan bomba untuk mengeluarkan tangan dari mesin.



Kerana kesan mesin tebu itu adalah jenis mampatan, ianya hancur dan adalah amat sukar untuk memulihkannya. Jika dilihat pada gambar, kita tidak dapat mengenal yang mana kilit, isi lemak,daging dan tulang. Ianya hanya akan jadi busuk jika tiada apa-apa yang dilakukan. Amputasi keatas bahagian yang remuk terpaksa dilakukan.

Jadi, kepada peniaga mesin tebu atau yang seumpama dengannya, di harap BERHATI-HATI semasa mengendalikan mesin tebu. Semoga kita tidak berjumpa dihospital kelak.
Selamat menjalani ibadah puasa.

date

~~Assalamualaikum~~


D’SUATU KETIKA…….

Apa khabar para pembaca semua…….. Setiap kita akan melalui atau teringat pengalaman kita yang lepas. Ada yang best, ada pula pengalaman yang tidak bagus. Di sini aku ingin menceritakan pengalaman aku yang lepas. Yang ini adalah salah satu pengalaman aku yang tak boleh dilupakan.

Setiap kali aku ternampak Agung kita, ( Sultan Mizan Zainal Abidin), aku teringat pertemuan pertama dengannya. Ianya terjadi sewaktu Baginda belum menjadi Agung lagi iaitu pada awal tahun 2005. Ianya bukanlah sebab aku dapat anugerah atau apa tapi sebab kerja. Ketika itu aku bertugas sebagai pegawai perubatan (MO) di bahagian perubatan Hospital Kuala Terengganu.

Sewaktu on call, lebih kurang selepas maghrib, aku menerima panggilan daripada operator mengatakan ada panggilan daripada Dr Zawawi (nephrologist merangkap specialist on call pada masa itu). Dalam hatiku berkata… apahal pulak lah nie…. Tak pernah call sebelum ini waktu on call dengan dia. Mesti ada sesuatu yang tak kena… nie mesti ada apa-apa hal dengan samaada tempat hemodialisis beliau ataupun di unit rawatan jantung. Teringat di fikiran aku pada ketika itu teringat perihal hal-hal yang berlaku sewaktu aku on call dengan dia dan di panggil terus untuk ‘attend’ kes bersama beliau……

Ingatan pertama aku ialah dipanggil ke unit rawatan jantung semasa aku houseman (HO). Apabila aku sampai di sana, aku lihat MO aku , dan Dr Zawawi sedang attend satu pesakit yang mempunyai kulit yang mengelupas di seluruh badan dengan teruk (Toxic Epidermic Necrolisis). Ianya berlaku sebab alahan dan beliau memerlukan aku berlari ke blood bank untuk mendapatkan darah sementara beliau dan MO aku menstabilkan pesakit.

Ingatan kedua aku adalah masa aku bertugas sebagai MO on call, dan beliau memanggil aku ke unit hemodialisisnya untuk me-resus (menstabilkan) pesakit beliau yang collapse (tidak sedarkan diri dalam keadaan yang tidak stabil) . Aku berjaya me-resus pesakit itu bersama beliau dan menghantar pesakit ke wad untuk pemerhatian rapi.

Kembali kita ke situasi asal kita bersama telefon ditangan……Apabila aku mendengar suaranya dalam telefon, aku mendengar dengan teliti dengan 100% perhatian. Beliau berkata dengan nada yang tenang tapi tegas:

“ Shukur!…. I dalam perjalanan ke Istana. U pergi dahulu ke Istana yang terletak depan hospital tu dan bersedia di sana. I dah suruh ambulan untuk pergi sana tapi mengambil masa sedikit. I jumpa U di sana. Ninda Baginda Sultan gering.”


Aku hanya mampu menjawab, “OK, Boss!!”



Aku pun bergegas ke keretaku dan bertolak pergi ke istana. Dari jauh aku nampak pintu gerbang gate istana. Aku berdebar…. Apabila sampai sahaja di pintu gate istana, pengawal bertanya, “ Dari Hospital?” Aku menjawab, “YA”

Pintu pun dibuka dan aku di arah parking pada suatu tempat parking depan pintu masuk istana. Aku pun bergegas ke pintu masuk dan apabila pintu dibuka, aku ternampak baginda Sultan Mizan dan aku pun mengadap beliau. Aku pun menjunjung sembah baginda, ‘Ampun Tuanku, Patik dari hospital’,... Itulah kali pertama aku menyembah mengadap seorang Sultan. Malah Sultan Johor pun aku tak pernah lagi buat macam nie ataupun bertemu… Baginda bertanya “ Sorang aje? Mana Zawawi? (specialist aku)” Aku menjawab, ‘ Beliau dalam perjalanan, sekejap lagi akan sampai tuanku ‘. Beliau pun mengarahkan aku duduk di kerusi.

Tidak lama selepas itu, Dr Zawawi pun sampai dan mengadap Baginda. Selepas itu kami pun di bawa masuk ke kamar Ninda Baginda sambil ditemani oleh Sultan Mizan. Dr Zawawi pun memulakan memeriksa Ninda baginda dan mengambil darah dengan aku yang hanya sebagai pemerhati. Selepas itu, aku di arahkan oleh Dr Zawawi untuk balik ke hospital bagi meneruskan tugasku...............

Dalam perjalanan keluar, aku merasa lega dan bersykur kerana dapat menjejakkan kaki ke istana baginda. Thank you Dr Zawawi kerana memberikan peluang ini kepadaku.
Itulah kali pertama aku bertemu Baginda Sultan Mizan……

date Monday, July 19, 2010

Kereta kesayanganku…..

~~Assalamualaikum~~


Aku mempunyai sebuah kereta…. Ianye adalah Wira SE berwarna hijau kilat dengan nombor plat CBL 4769. Kami telah bersama sejak awal 2004. Kami bersama2 merantau dari selatan ; Johor Bharu, ke utara : Padang Besar hingga ke pantai timur ; Rantau Panjang. Sebut sahaja mana2 negeri di Semenanjung, memang kami sudah jejaki......... Aku sangat menyayangi kereta ini kerana kelasakannya dan daya tahannya. Ia juga mampu menandingi kereta2 besar di highway......

Kereta ini ada orang samakan dengan kereta ketua jabatan yang garang yang kebetulan mempunyai kereta yang hampir sama dengan ku iaitu kereta wira aeroback berwarna sama dan starting no plat yang sama CB dot dot dot......



Keretaku ini sepanjang berkhidmat, sudah 2 kali kemalangan besar dan 2 kali rosak di jalanan sehinggakan isteriku memberikan cadangan untuk tukarkan nye sahaja tetapi nasihatnye tidak ku endahkan...... sayangku padanya sama kuat dgn sayangku pada isteriku....



Sehinggalah pada 6/6/2009, ibuku terperanjat apabila melihat aku ada pada pagi itu untuk bersarapan kerana ingatnya aku keluar pergi membeli sarapan. Ibuku bertanya ; aiks ingat keluar tadi ? mana kereta ? Aku dengan yakinnye menunjukkan tempat aku parking kereta malam tadi yang kini telah kosong.... (aku park depan rumah di tanah lapang kerana isteriku telah park di anjung)…… Aku ter peranjat sambil menjerit

YA ALLAH....... TIDAKKKKKKKK>>>>>>>>>>>>>>


Betapa terperanjatnya aku melihat keretaku sudah tiada tanpa sebarang jejak ditempat aku parking malam sebelumnya.....

Aku sedih di atas kehilangan keretaku. Semua kenangan bersamanye mula berlegar2 di depan mataku. Setelah membuat laporan polis, aku ditemani isteriku yang setia pergi ke kedai Honda untuk usha kereta Honda City (kononnye nama sama ngan siti la tuh) tapi last-last aku telah membawa pulang sebuah kereta Civic……..

Sesungguhnye setiap yang berlaku ada hikmahnya…. Kini aku dan semestinye isteriku sangat gembira dengan kereta baruku dan juga tersenyum dengan duit claim yang aku dapat dari EX-kereta CBL kesayanganku…… Aku kini bersyukur kerana dipermudahkan lagi perjalanan yang selesa apabila berjalan2 bersama keluarga……


Ingatlah bahawa Allah sentiasa mengawasi kita dan maha mengetahui keperluan sebenar kita.

DAN


Sayangkan keluarga terutamanye isteri lebih bermakna dan mendapat balasan yang setimpal dengan cinta kita….. luahkanlah cinta anda pada keluarga anda……

SELAMAT BERCINTA………..



SELAMAT TINGGAL CBL 4769….

SELAMAT DATANG CIVIC….




date Sunday, July 11, 2010

~~ Assalamualaikum~~


Suatu ketika di Taman Paya Bakau di Manjung, Perak…….



Tempat ini dikerumuni monyet….. pastikan anda membawa makanan untuk monyet apabila masuk ye…….

date Friday, July 9, 2010

Air Terjun Sungai Pandan Kuantan, Pahang…



Memang seronok picnic dan mandi ni….. Jom !




Pemandangan dari sudut lain…


date Wednesday, July 7, 2010

MaSa Itu Emas.....Semoga kita boleh mengambil iktibar daripadanya………

~~Assalamualaikum~~




Ikhwan dan akhwat sekalian. . marilah sama-sama renungi.. Seandainya Al-Quran boleh berkata-kata mungkin inilah rintihannya

Apabila Al quran Berkata..

Waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu
Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah)

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu..Mengasyikkan..
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favoritemu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk..Hanya sekedar membacaberita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu.
Setiap saat berlalu
Dan akhirnya
kubur yang setia menunggu mu
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati
Di kuburmu nanti
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu
Sentuhilah Aku kembali
Baca dan pelajari lagi Aku
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri
Dalam bisu dan sepi

Wallahu Taala a'lam
Iqra’
Marilah kita bersama2 mula semula dengan Al Fatihah…….

date

PeMaNdANgaN INDaH SaTu KeTiKa di TeMerLoh...

~~Assalamualaikum~~


1. Sungai Pahang.........


Saje aku ambil gambar ini sebab bot itu bot satu malaysia di Sungai Pahang...........



Tahukah anda? Di sepanjang sungai Pahang inilah ikan patin di ternak dan kemudiannya di pasarkan. Jika tidak dijual di pasar, ada di jual di sepanjang jalan Triang-Temerlog di tepi sungai…… Jika patin bela, sekilo murah je tapi jika patin liar, mau sampai berpuluh2 RM sekilo..... Kalu masak lagi mahal harganya....

2. Pemandangan sungai Pahang selepas hujan…..


Sorry gambar pelangi kureng jelas ye…..
Kalu perhatikan betul2 mmg Nampak pelangi……
Aku cuba nak tunjukkan pada anakku pelangi itu tapi dia tak Nampak lah……..
Ambil untuk kenangan bersama anak melihat pelangi di Temerloh….



date Tuesday, July 6, 2010

~~Assalamualaikum~~


Hari ni kita berbincang topik pasal postur…kawan-kawan tau tak maksud postur?? Mengikut kamus dewan edisi empat, postur bermaksud posisi atau sikap tubuh seseorang, ter¬utamanya semasa duduk, berdiri dsb: ~ yg baik menonjolkan imej yg positif.
(kenapa rasa macam dah jadi cikgu bahasa pulak ni..hehe)

Ok lah..sebenarnya ramai orang mengalami sakit belakang tidak kira apa kerja sekalipun. Sama ada beliau duduk sahaja, atau berdiri sahaja pasti mengalamiya… cara terbaik untuk menjaga tulang belakang adalah dengan menjaga postur anda Macamana menjaga postur yang betul?

Di bawah adalah contoh terbaik penjagaan belakang….. sama samalah kita amalkannya ye..





*silalah klik pada gambar yer untuk gambaran yang lebih jelas.

date Tuesday, June 29, 2010

~~Assalamualaikum~~


Kuang..kuang..kuang..sorry ye kengkawan sekalian…Inilah yang berlaku bila bahasa tak menunjukkan bangsa…sebenarnya tajuk diatas langsung tiada kene mengena yer…saya bukan nak ajar pasal cinta atau nak kongsi cerita macam mana saya jatuh cinta dulu-dulu..yang tu kene rujuk doktor cinta.. ;-D…

Tajuk tu sajer jer nak kasi gempak sikit kalo tak korang takut pulak nak bukak hahahah…So hari ni tak banyak yang saya nak ceritakan Cuma nak kongsi satu kes ngan kengkawan sekalian….Tusukan panah asamara aka Tusukan besi



Kes ini memerlukan anggota bomba untuk memotong besi dan menghantar pesakit ke hospital, luka tidak dalam, kulit hanya perlu di buka sedikit sahaja untuk mengeluarkannya.

date Sunday, June 27, 2010

PEnYAkiT LukA di KAki PEsaKiT KenCinG MAniS...

Assalamualaikum para pembaca semua. Disini saya ingin memberitahu kepada anda bahawa setiap hari, disetiap hospital besar di Malaysia, pesakit kencing manis akan menjalani amputasi kaki pesakit kencing manis. Tak kiralah kaki atau jari kaki, mesti ada setiap hari. Ini adalah amat menggerunkan bagi sesetengah pesakit penyakit kencing manis. Ini juga merupakan sebab mengapa mereka datang ke hospital lambat. Mereka sanggup menunggu dan mencuci sendiri luka itu dahulu tetapi selepas luka sudah teruk, barulah mereka dating kehospital. Ini menyebabkan ada sesetengah pesakit yang sepatutnya luka hanya perlu di cuci sahaja bila datang awal terpaksa di potong kaki mereka disebabkan sudah melarat.

Ini bukanlah salah mereka, tetapi pengetahuan tentang penjagaan kaki pesakit kencing manis tidak di titik beratkan. Pada saya jika pengetahuan ini dapat disalurkan dan diamalkan, maka kaki akan dijaga dengan baik. Di bawah adalah contoh kaki pesakit yang sudah busuk untuk pengajaran kepada mereka yang mengidap kencing manis. Adalah diharapkan agar pesakit kencing manis dapat mengambil iktibar dari gambar di bawah.

AMARAN: KANAK-KANAK TIDAK DIGALAKKAN MELIHAT GAMBAR. PENGAWASAN IBUBAPA DIGALAKKAN……..




Gambar 1: empat jari kaki hitam menunjukkan gangrene (mati). Luka Nampak bersih sebab sudah dimamah ulat luka. Semua jari yang gangrene terpaksa di buang.




Gambar 2: Jangkitan kuman pada permukaan kulit di betis kanan.
Hanya memerlukan antibiotic. Jika jadi nanah dikemudian hari, nanah itu perlu dikeluarkan.






Gambar 3 dan 4: Tapak kaki yang menampakkan kulit yang Nampak masih elok tapi perubahan warna menandakan permukaan kulit sudah mati dan dibawahnya adalah lapisan yang busuk




Gambar 5: Kaki yang teruk, penuh dengan ulat yang sudah dibersihkan.
Jari kaki ibu dan nombor dua sahaja yang perlu dibuang




Gambar 6: contoh kaki yang tidak boleh diselamatkan sebab semua jari kaki mati/gangrene, kuman merebak di tumit dan kaki hingga ke buku lali. Kaki terpaksa dipotong hingga paras bawah lutut




Gambar 7: Gambar kaki yang tidak boleh diselamatkan. Pemotongan bawah lutut juga dilakukan




Gambar 8: Contoh kaki yang amat teruk. Kuman naik sehingga bawah lutut kesan menunggu lama dirumah. Keluarga pesakit menghantar pesakit kerana beliau tidak sedarkan diri dan bau yang amat busuk. Pemotongan di atas paras lutut tidak dapat dielakkan


date Saturday, June 26, 2010

~~Assalamualaikum~~


Di sini ada langkah-langkah untuk mengatasi kesan kencing manis pada kaki dan seterusnya dapat mengelak dari amputasi:

Langkah ini mudah di ingat kerana kita boleh bayangkan dalam fikiran dari mula bangun tidur hingga tidur semula. Langkah2 nya adalah:

- Apabila bangun sahaja dari tidur, hendaklah memeriksa kaki dan celah2 jari kaki untuk kesan luka, merah, melecet, ulat air dan bengkak.

- Gunakan cermin untuk tempat yang sukar dilihat atau suruhlah anak/isteri tengok2 kan.

- Pakai selipar di dalam rumah dan di tandas.

- Apabila mandi basuh lembut kaki anda dengan sabun dan air suam. Jangan gunakan berus untuk membersihkan kaki ditakuti terluka nanti.

- Apabila selesai mandi, hendaklah pastikan kaki anda kering di cuci terutamanya di celah jari kaki.

- Gunakan losyen pelembab untuk kaki anda kerana kebiasaannya kulit kaki pesakit adalah kering

- Pastikan keadaan lantai sentiasa bersih dan di jauhi daripada benda tajam

- Apabila hendak keluar rumah, hendaklah memakai kasut dan stokin.

- Stokin hendaklah di periksa dahulu luar dan dalam bagi memastikan ia tiada benda tajam

- Kasut mestilah selesa dan ada ruang di depannya. Ia juga patut di ketuk bagi memastikan segala pasir atau benda asing didalamnya keluar dari kasut sebelum di pakai

- Jalan di tanah atau permukaan yamng rata.

- Apabila memotong kuku hendaklah memotong secara melintang dan bukannya melengkung untuk mengelakkan ciagu (ingrowing toe nail)

- Apabila hendak tidur, kita boleh memeriksa kembali kaki kita dan bolehlah tidur dengan lena.

Jika terdapat sebarang luka atau bengkak, sila dapatkan nasihat doctor anda.
Langkah2 mudah di atas di harap dapat membantu mengurangkan luka kaki pesakit kencing manis. Selamat mencuba…..
Jangan lupa baca doa bangun tidur dan hendak tidur


Gambaran apa yang perlu diperiksa...



Gambar 1&2 : Jangkitan kulat di celah-celah jari kaki




Gambar 3&4 : Kulit kaki yang menjadi keras kerana takanan dan kaki tiada rasa.




Gambar 5 : Bengkak pada kaki




Gambar 6 : kesan merah @jangkitan pada kaki




Gambar 7& 8: jenis-jenis luka, luka geseran dan luka hirisan




Gambar menunjukkan ciagu dan cara memotong yang betul (gambar tengah)


date

~~Assalamualaikum~~


Orang kata malang itu tidak berbau…ajal dan maut semuanya di tangan ALLAH..Ini jelas terbukti apabila satu kemalangan...telah menyebabkan kematian seorang penolong pegawai perubatan dan kecederaan parah kepada seorang doktor serta pemandunya manakala jururawat terselamat. Ketika kejadian ambulan dalam perjalanan balik menghantar kes. Untuk makluman pesakit tiada ye kengkawan..kesimpulannya jangan ingat naik ambulan itu selamat… heheheh



date Friday, June 25, 2010

~~Assalamualaikum~~


Hari ni saya tak nak cerita panjang lebar (pernah ker aku cerita panjang lebar..confius..confius…)..jom kita belajar pasal amputasi …seperti biasa kita rujuk kamus ye kengkawan… kalau ikut kamus pelajar edisi kedua dan kamus dewan edisi empat amputasi bermaksud pemotongan sebahagian anggota badan, seperti kaki atau tangan, dalam sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk...
Faham tak kawan-kawan??? Ke dah pening hehe (mesti lepas ni vocabulary korang semakin canggih kan..kan..kan..)

Oklah sekarang waktu yang paling best…korang mesti nak tengok gambar kan…kan..kan ok lah sekarang kita tengok jenis-jenis amputasi yang selalu dilakukan…



Gambar 1: Amputasi di atas paras lutut






Gambar 2 & 3 : Amputasi dibawah lutut


Kedua-dua jenis amputasi mempunyai kaki palsu. Pesakit boleh berjalan dengan kaki palsu.



Gambar 3: Amputasi jari kaki


Amputasi jenis ini tidak ada jari palsu. Pesakit boleh berjalan biasa...Sehingga kita berjumpa lagi….wassalam ;-D

date Thursday, June 24, 2010



~~Assalamualaikum~~



Cantik kan!!! Memang semua orang suka pakai cincin tapi hari ni saya bukanlah nak jual cincin yer ataupun nak tunjuk kan gambar tersebut adalah cincin kahwin saya..ahakssss…itu sekadar gambar hiasan sahaja sebab kes cincin ni antara kes-kes yang pernah saya temui sepanjang berkhidmat sebagai seorang doktor…

Antara kejadian pasal cincin ditangan yang pernah saya temui ialah apabila seorang budak berusia 13 tahun menyimpan cincin di jari sejak berusia 10 tahun padahal jarinya semakin membesar…..
Aduhai dik…mesti sayang nak tanggalkan cincin tu tapi hilang jari lagi sayang kan huhu…

Lagi satu kes pula merupakan kes lelaki yang kurang siuman meletakkan nut skrew yang besar di jari untuk tempoh masa yang lama. Perhatikan isi jari boleh dilihat di bawah nut itu…..Susah nak buang tu…… Cutter besar terpaksa digunakan



So air yang tenang jangan disangka tiada buaya..aikkk macam tak berkaitan jer peribahasa ni hehe…apa yang saya cuba maksudkan ialah kadang-kadang benda yang cantik tak semestinya elok…tak salah pakai cincin tapi ikutlah kesesuaian jari masing-masing yer kawan-kawan..rasa-rasa tak selesa selepas memakainya tu, saya rasa anda pun tahu apa patut dilakukan..jangan nak cantik tapi menanggung sakit…dan kepada yang nak buat surprise belikan cincin tu pastikan tahu saiz yer…kesian nanti pemakainya serba salah pulak…itu pun boleh menyumbang terjadinya kes-kes yang sepatutnya boleh dielakkan..maklumlah nak jaga hati pasangan hahahahah…jangan pulak lepas ni takut nak pakai cincin yer…. ahakssss ;-D

date Wednesday, June 23, 2010