~~Assalamualaikum~~


D’SUATU KETIKA…….

Apa khabar para pembaca semua…….. Setiap kita akan melalui atau teringat pengalaman kita yang lepas. Ada yang best, ada pula pengalaman yang tidak bagus. Di sini aku ingin menceritakan pengalaman aku yang lepas. Yang ini adalah salah satu pengalaman aku yang tak boleh dilupakan.

Setiap kali aku ternampak Agung kita, ( Sultan Mizan Zainal Abidin), aku teringat pertemuan pertama dengannya. Ianya terjadi sewaktu Baginda belum menjadi Agung lagi iaitu pada awal tahun 2005. Ianya bukanlah sebab aku dapat anugerah atau apa tapi sebab kerja. Ketika itu aku bertugas sebagai pegawai perubatan (MO) di bahagian perubatan Hospital Kuala Terengganu.

Sewaktu on call, lebih kurang selepas maghrib, aku menerima panggilan daripada operator mengatakan ada panggilan daripada Dr Zawawi (nephrologist merangkap specialist on call pada masa itu). Dalam hatiku berkata… apahal pulak lah nie…. Tak pernah call sebelum ini waktu on call dengan dia. Mesti ada sesuatu yang tak kena… nie mesti ada apa-apa hal dengan samaada tempat hemodialisis beliau ataupun di unit rawatan jantung. Teringat di fikiran aku pada ketika itu teringat perihal hal-hal yang berlaku sewaktu aku on call dengan dia dan di panggil terus untuk ‘attend’ kes bersama beliau……

Ingatan pertama aku ialah dipanggil ke unit rawatan jantung semasa aku houseman (HO). Apabila aku sampai di sana, aku lihat MO aku , dan Dr Zawawi sedang attend satu pesakit yang mempunyai kulit yang mengelupas di seluruh badan dengan teruk (Toxic Epidermic Necrolisis). Ianya berlaku sebab alahan dan beliau memerlukan aku berlari ke blood bank untuk mendapatkan darah sementara beliau dan MO aku menstabilkan pesakit.

Ingatan kedua aku adalah masa aku bertugas sebagai MO on call, dan beliau memanggil aku ke unit hemodialisisnya untuk me-resus (menstabilkan) pesakit beliau yang collapse (tidak sedarkan diri dalam keadaan yang tidak stabil) . Aku berjaya me-resus pesakit itu bersama beliau dan menghantar pesakit ke wad untuk pemerhatian rapi.

Kembali kita ke situasi asal kita bersama telefon ditangan……Apabila aku mendengar suaranya dalam telefon, aku mendengar dengan teliti dengan 100% perhatian. Beliau berkata dengan nada yang tenang tapi tegas:

“ Shukur!…. I dalam perjalanan ke Istana. U pergi dahulu ke Istana yang terletak depan hospital tu dan bersedia di sana. I dah suruh ambulan untuk pergi sana tapi mengambil masa sedikit. I jumpa U di sana. Ninda Baginda Sultan gering.”


Aku hanya mampu menjawab, “OK, Boss!!”



Aku pun bergegas ke keretaku dan bertolak pergi ke istana. Dari jauh aku nampak pintu gerbang gate istana. Aku berdebar…. Apabila sampai sahaja di pintu gate istana, pengawal bertanya, “ Dari Hospital?” Aku menjawab, “YA”

Pintu pun dibuka dan aku di arah parking pada suatu tempat parking depan pintu masuk istana. Aku pun bergegas ke pintu masuk dan apabila pintu dibuka, aku ternampak baginda Sultan Mizan dan aku pun mengadap beliau. Aku pun menjunjung sembah baginda, ‘Ampun Tuanku, Patik dari hospital’,... Itulah kali pertama aku menyembah mengadap seorang Sultan. Malah Sultan Johor pun aku tak pernah lagi buat macam nie ataupun bertemu… Baginda bertanya “ Sorang aje? Mana Zawawi? (specialist aku)” Aku menjawab, ‘ Beliau dalam perjalanan, sekejap lagi akan sampai tuanku ‘. Beliau pun mengarahkan aku duduk di kerusi.

Tidak lama selepas itu, Dr Zawawi pun sampai dan mengadap Baginda. Selepas itu kami pun di bawa masuk ke kamar Ninda Baginda sambil ditemani oleh Sultan Mizan. Dr Zawawi pun memulakan memeriksa Ninda baginda dan mengambil darah dengan aku yang hanya sebagai pemerhati. Selepas itu, aku di arahkan oleh Dr Zawawi untuk balik ke hospital bagi meneruskan tugasku...............

Dalam perjalanan keluar, aku merasa lega dan bersykur kerana dapat menjejakkan kaki ke istana baginda. Thank you Dr Zawawi kerana memberikan peluang ini kepadaku.
Itulah kali pertama aku bertemu Baginda Sultan Mizan……

date Monday, July 19, 2010

0 comments to “BerteMu SulTan....”

Leave a Reply: